![]() |
(dari kiri: syuhada, amirul, natasya) |
AMIRUL
Nama penuh: Mohd Amirul Faiz Bin Arzmi
No. Matrik: 22DAG15F1026
Tarikh lahir: 17 Februari 1997
Tempat lahir: Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor
Tarikh lahir: 17 Februari 1997
Tempat lahir: Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor
SYUHADA
Nama penuh: Nursyuhada Binti Abd Aziz Shamsudin
No. Matrik: 22DAG15F1017
Tarikh lahir: 11 Mac 1997
Tempat lahir: Hospital Besar Kulim, Kedah
Tarikh lahir: 11 Mac 1997
Tempat lahir: Hospital Besar Kulim, Kedah
NATASYA
Nama penuh: Nor Natasya Binti Othman
No. Matrik: 22DAG15F1047
Tarikh lahir: 26 Mac 1997
Tempat lahir: Hospital Kota Bharu, Kelantan
PENGENALAN KEPADA TAJUK
Tajuk kami ialah padi. Kami menerangkan sejarah dan pengenalan tentang padi. Selain itu, blog ini juga kami menerangkan tentang pengurusan air untuk tanaman padi, pengurusan perosak tanaman padi dan sebagainya.
PENGENALAN TENTANG PADI
(gambar padi)
Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan juga merupakan asal nama bandar Kepala Batas.
Pengurusan air ialah gabungan proses pengambilan, penyaluran, pengawalseliaan, pengukuran, penyebaran, penggunaan dan pembuangan air. Ia tertumpu di peringkat sawah di mana proses-proses tersebut dilakukan pada kadar, kuantiti dan masa yang tepat untuk mendapatkan keuntungan maksima daripada penggunaan tanah dan air. Dalam memastikan air dapat disalurkan secara cekap, tiga perkara harus ditekankan, iaitu :
Tarikh lahir: 26 Mac 1997
Tempat lahir: Hospital Kota Bharu, Kelantan
PENGENALAN KEPADA TAJUK
Tajuk kami ialah padi. Kami menerangkan sejarah dan pengenalan tentang padi. Selain itu, blog ini juga kami menerangkan tentang pengurusan air untuk tanaman padi, pengurusan perosak tanaman padi dan sebagainya.
PENGENALAN TENTANG PADI
- PENDAHULUAN
Padi merupakan tanaman dagangan di Malaysia dan tujuan ditanam adalah untuk mendapatkan beras sebagai makanan ruji. Beras adalah bijian yang diperoleh daripada tanaman padi yang telah dikupas kulitnya. Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras pulut. Beras biasa menjadi sumber makanan utama,oleh itu beras ini lebih mendapat nilai dagangan sementara itu,penggunaan beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih-muih sahaja.
Terdapat dua jenis padi di negara kita iaitu padi sawah dan padi huma. Walau bagaimanapun, hanya padi sawah yang diusahakan dan ianya amat sesuai diusahakan secara meluas dan ianya amat sesuai diusahakan di dataran mendap dan di delta-delta yang subur. Seperti yang kita tahu, tanaman padi banyak terdapat di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak. Tambahan lagi dataran Kedah dan dataran Kelantan sudah dikenali sebagai jelapang padi negara. Antara jenis padi yang terdapat di Malaysia ialah Padi Mahsuri, Padi Murni, Sri Malaysia, Setanjung, Sekembang, Seberang, Makmur dan MR 84.
- SEJARAH PADI DI MALAYSIA
Padi atau nama saintificnya Oryza sativa merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur manakala padi huma hanya menggunakan air yang sedikit dan ditanam di lereng-lereng bukit sahaja.
Di Malaysia, perusahaan Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.
- PENGURUSAN AIR UNTUK TANAMAN PADI
Pengurusan air ialah gabungan proses pengambilan, penyaluran, pengawalseliaan, pengukuran, penyebaran, penggunaan dan pembuangan air. Ia tertumpu di peringkat sawah di mana proses-proses tersebut dilakukan pada kadar, kuantiti dan masa yang tepat untuk mendapatkan keuntungan maksima daripada penggunaan tanah dan air. Dalam memastikan air dapat disalurkan secara cekap, tiga perkara harus ditekankan, iaitu :
- Pastikan ban dalam keadaan baik dan mengikut piawai
- Pastikan keadaan sistem tali air utama, sekunder, tersier dan sistem saliran berfungsi dengan baik
- Pastikan infrastruktur pengairan, saliran dan jalan ladang dalam keadaan baik dan diselenggarakan secara berjadual

(keratan rentas struktur sawah dan infrastruktur pengairan dan saliran)
Pengurusan air sawah
- Peringkat penyediaan tanah sawah

- Peringkat pra tepu

- Peringkat menabur benih

- Peringkat vegetatif (tampang)

- Peringkat beranak (tillering)

- Peringkat bunting

- Peringkat padi terbit

- Peringkat padi terbit penuh
Air dikekalkan 5 hingga 10 cm. Air berlebihan hendaklah disalir keluar.

- Peringkat padi mengisi

- Peringkat padi masak sehingga padi dituai
- FAEDAH MENGURUS AIR
- Menjamin bekalan air yang cukup di sawah.
- Dapat mengelakkan pembaziran air.
- Dapat mengawal rumpai.
- Masa yang kritikal untuk menyekat pertumbuhan rumpai bermula dari menanam hingga 25-35 hari selepas menanam (bergantung kepada jenis padi).
- Dapat mengelakkan pertelagahan atau salah faham di antara petani.
- Dapat mengawal penyakit seperti reput tangkai dan serangga perosak seperti kutu beruang.
- Dapat mengurangkan kos pembajaan secara mengurangkan kehilangan baja melalui larian air pemukaan dan larutlesap.
- Membolehkan petani menanam padi dengan lebih luas kerana kurangnya pembaziran air.
- KAEDAH PENANAMAN PADI
- Kaedah tabur terus
Sistem tanaman secara tabur terus terbahagi kepada dua iaitu tabur basah (menabur dalam air) dan tabur kering. Tabur terus basah diamalkan secara meluas sekarang. Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan tepu air. Tanah hendaklah terlebih dahulu disisir untuk membuat alur agar benih tidak dihanyutkan air. Bagi tabur kering pula, biji benih pra cambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah.
Tabur Terus

Tabur Basah

- Kaedah mengubah menggunakan jentera menanam
Media semaian disediakan dengan campuran 50% sekam padi terbakar dan tebal media ialah 2-2.5 cm dipadatkan. Benih terpilih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam untuk memudahkan percambahan. Benih pracambah ditabur dalam kotak semai khas dengan kadar 200 g/kotak. Semaian dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian dipindah ke rak takungan untuk direndam. Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi semaian diantara 15-20 cm sebelum diubah dengan jentera penanam. Sebelum menanam, tanah hendaklah diratakan dengan sempurna supaya penanaman dan kawalan air dapat dijalankan. Selepas selesai menanam, air akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga 5 cm.

- Kaedah SRI (System of Rice Intensification)
Bagi kaedah SRI, anak padi pada usia muda 8-12 hari yang mempunyai 2 daun dan benih yang masih melekat di akar dipindahkan ke sawah. Tanah perlu diratakan dengan sempurna, dan dimasukkan air cukup sekadar tepu sahaja. Penanda akan dibuat bagi menanam anak benih. Anak benih akan ditanam dalam bentuk kotak dengan jarak yang luas. Hanya satu sahaja anak benih bagi setiap titik penanda. Sawah dibiarkan tepu selama 45 hari dan air akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga 5 cm sehingga 90 hari.
- Kaedah SRI (System of Rice Intensification)
.jpg)
- PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN PADI
Satu pendekatan pengurusan kawalan perosak yang menggabungkan aktiviti pertanian, kawalan biologi dan penggunaan kimia secara bijaksana dan terhad, iaitu:
- Penggunaan Varieti Rintang
- Amalan Kultura
- Penggunaan Musuh Semulajadi
Penggunaan biji benih tulen yang menepati Standard Minimum Biji Benih, di mana ia tulen dan tidak berpenyakit akan dapat mencegah kejadian rumpai dan serangan penyakit bawaan biji benih.
Penyediaan tanah yang sempurna termasuk meratakan tanah dan pengurusan air yang berkesan.
- Kawalan Perosak Secara Biologi
Ternakan ikan seperti ikan keli, sepat dan lampan jawa secara intergrasi di dalam sawah dapat mengawal serangan serangga, moluska dan rumpai serta mengurangkan penggunaan racun. Dengan mengambil faktor-faktor ekosistem sawah, satu hektar sawah boleh menampung diantara 3000-4000 ekor anak ikan. Ikan boleh dituai selepas berumur 60 hari.
- Penternakan Itik Muscovy Secara Intergrasi
- Penggunaan Racun Perosak Secara Betul
Dapat mengawal masalah rumpai sawah, padi tumpah dan juga merupakan sumber protein dalam kehidupan harian pesawah.
- KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TANAMAN PADI
KEBAIKAN:
- Tanaman padi ini sebagai sumber makanan utama negara.
- Merupakan hasil pendapatan negara.
- Menaikkan sumber pendapatan petani.
- Mengurangkan aktiviti pengimportan.
- Penghasilan jentera baru mengikut peredaran masa.
- Menggalakkan lagi pengeluaran bahan-bahan pertanian.
- Menggunakan kawasan yang lapang dan terbiar dengan sebaik mungkin.
- Penghasilan varieti baru.
- Sumber kanji/karbohidrat kepada negara.
- Dapat menjadi pengeluar padi utama.
KEBURUKAN:
- Tanaman padi ini mempunyai banyak perosak
- Biji benih padi mudah diperolehi dan murah
- Mempunyai banyak penyakit-seperti padi angin
- Kawasan penanaman tidak sesuai
- Apabila tiba musim banjir tanaman akan musnah
- Kurangnya penggunaan teknologi
- Tempat pemprosesan kurang efision.
- Penggunaan Varieti Rintang
- Amalan Kultura
- Penggunaan Musuh Semulajadi
.jpg)
.jpg)
- KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TANAMAN PADI
KEBAIKAN:
- Tanaman padi ini sebagai sumber makanan utama negara.
- Merupakan hasil pendapatan negara.
- Menaikkan sumber pendapatan petani.
- Mengurangkan aktiviti pengimportan.
- Penghasilan jentera baru mengikut peredaran masa.
- Menggalakkan lagi pengeluaran bahan-bahan pertanian.
- Menggunakan kawasan yang lapang dan terbiar dengan sebaik mungkin.
- Penghasilan varieti baru.
- Sumber kanji/karbohidrat kepada negara.
- Dapat menjadi pengeluar padi utama.
KEBURUKAN:
- Tanaman padi ini mempunyai banyak perosak
- Biji benih padi mudah diperolehi dan murah
- Mempunyai banyak penyakit-seperti padi angin
- Kawasan penanaman tidak sesuai
- Apabila tiba musim banjir tanaman akan musnah
- Kurangnya penggunaan teknologi
- Tempat pemprosesan kurang efision.